Monday 5 December 2011

Shutdown Komputer Mengikut Waktu

Salam blogger kepada semua kembali kita dalam segment Tip & Trick kali ini nak kongsi dengan semua macam mana nak Shutdown/tutup komputer mengikut waktu yang ditetapkan, bagi yang penggemar download movie, game dan sebagainya memakan masa yang lama dan sayangkan komputer terbuka terlalu lama bolehlah guna cara ini tanpa menggunakan software...


Langkah pertama: klik start dan taip "run"atau shortcut nya windows + r,taip 'cmd' dalam run 2 kemudian enter. Contoh seperti dibawah...


Langkah kedua: setelah tetingkap seperti dibawah keluar taipkan 'shutdown -s -t 3600' kemudian enter satu window akan keluar seperti dibawah yang beritahu 'windows will shutdown in 60 minutes...
contoh seperti dibawah


Okkay sudah siap 3600 dalam saat bermakna 1 jam lagi komputer akan tutup dengan arahan yang kita berikan. Kalau download 2 satu jam setengah kita boh la dua jam biar lebih asal selamat, sebarang masalah atau cadangan sila ajukan cadangan anda...
-s bermaksud shutdown komputer
-r bermaksud shutdown dan restart komputer
-l bermaksud Log off komputer anda
-t bermaksud masa yang digunakan dalam second/saat
Selamat Mencuba...XD
Comments
1 Comments

1 comment :

hyemynameisrasyid said...

hehe.,mcm tv gak la.,bleh set timer.,nice blog anyway.,


salam perkenalan dari Alahai~